Jumlah itu meningkat berbanding pukul 4 petang hari ini membabitkan 1,583 orang mangsa.
KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat apabila seramai 1,769 orang daripada 497 buah keluarga ditempatkan di 27 buah pusat pemindahan sementara di enam daerah di negeri ini.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, peningkatan pada pukul 8 malam ini, berikutan pertambahan mangsa di Rompin seramai 1,068 orang daripada 336 buah keluarga di 13 buah PPS.
“Jumlah mangsa berikutnya diikuti Maran, 402 orang daripada 100 buah keluarga di lima buah PPS, Pekan 106 orang mangsa di dua buah PPS dan 96 orang mangsa di Jerantut masih kekal di PPS Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi Satu sejak semalam. “Mangsa di Bera juga masih kekal 29 orang ditempatkan di PPS di Dewan Kampung Pasal dan Raub seramai 68 orang mangsa di lima buah PPS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Che Adam berkata, dua batang sungai, iaitu Sungai Jempol di Felda Jengka menunjukkan paras bahaya menaik dengan merekodkan aras 31.23 meter, diikuti Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong dan dilaporkan air tren menurun. “Lima batang sungai utama lagi di Jerantut, Maran dan Kuantan menunjukkan aras amaran dan tren menaik diikuti tujuh batang sungai di Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan pada tahap waspada dan tren menurun,” katanya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Banjir: Mangsa meningkat 1,375 di 26 PPS lima daerah PahangJumlah itu meningkat berbanding 1,320 orang mangsa daripada 359 buah keluarga yang ditempatkan di 25 buah PPS yang dilaporkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri pada pukul 1 pagi hari ini.
Read more »
Banjir : Lebih 9,000 mangsa 6 negeri dipindah ke PPSSemua mangsa itu termasuk di Melaka dan Pahang, iaitu negeri terbaharu dilanda banjir.
Read more »
Umno polls: Pahang MB, Ismail Sabri among six division chiefs returned unopposed in PahangKUANTAN: Pahang Mentri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail and Umno vice-president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob are among six division heads in the state who were elected unopposed in party polls.
Read more »
1,591 mangsa banjir dipindah ke 21 PPS di 4 daerah di Johor | The Malaysian Insight1,591 mangsa banjir dipindah ke 21 PPS di 4 daerah di Johor
Read more »
1,591 mangsa banjir dipindahkan di Johor1,591 mangsa banjir dipindahkan di Johor
Read more »