Kuching Banjir kini mula melanda Kuching membabitkan 51 mangsa daripada 12 keluarga di daerah Lundu.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, dua pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak, Lundu pada 8 pagi dan 12 tengah hari tadi.
“Dua perkampungan, Kampung Sebat Melayu dan Kampung Sebat Baru, dilanda banjir awal pagi tadi dan usaha pemindahan perlu dilaksanakan atas faktor keselamatan.“Pusat pemindahan sementara di SK Sebat kini menempatkan 10 keluarga dengan 42 mangsa, manakala Balai Raya Kampung Sebat Dayak membabitkan dua keluarga dengan sembilan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemantauan pihak penguat kuasa sentiasa dilakukan demi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin. Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat bagi beberapa kawasan di selatan dan tengah Sarawak yang dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Musibah banjir dalam skala besar kebiasaannya di Sarawak berlaku jika hujan lebat bertembung dengan air pasang besar.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu berkuranganTetapi, Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan lebat dijangka bermula hari ini hingga esok di Dungun dan Kemaman, Terengganu. FMTNews Banjir
Read more »
Kelantan terus pulih, Terengganu berdepan risiko gelombang baharu banjir | The Malaysian InsightDaerah Dungun dan Kemaman, Terengganu dijangka berdepan risiko gelombang baharu banjir akibat hujan lebat hari ini dan esok.
Read more »
Jumlah mangsa banjir Kelantan menurunKeadaan banjir di Kelantan semakin baik apabila jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 4,752 orang sehingga 9 pagi, hari ini berbanding 4,846 malam tadi.
Read more »
Bersama bantu mangsa banjir - Agongkuantan Keperluan membantu mangsa banjir bukan sekadar terletak di bahu jabatan kerajaan, namun tanggungjawab bersama rakyat negara ini, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Read more »
Banjir di Kelantan, Terengganu semakin pulihSeramai 7,519 mangsa daripada 2,977 keluarga dipindahkan di Kelantan, manakala 512 orang daripada 129 keluarga di Terengganu pagi tadi. FMTNews Banjir Terengganu
Read more »