Banjir Johor surut sepenuhnya
BANJIR di Johor surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara terakhir di Batu Pahat ditutup pada 12 tengah hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata dua PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng yang menempatkan 79 orang daripada 22 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan Sri Medan membabitkan 62 mangsa daripada 15 keluarga. Penduduk yang terjejas itu mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan ‘banjir termenung’ sebelum ini surut sepenuhnya.
Setakat ini, Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran iaitu 18.92 meter manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Sembrong di Empangan Sembrong .Hampir sebulan banjir melanda Johor sejak 28 Feb lepas sehingga menjejaskan lebih 85,000 penduduk di 10 daerah serta disifatkan sebagai banjir terburuk, menyamai bencana yang sama pada tahun 2006. – Bernama, 26 Mac, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jumlah mangsa banjir Johor turun 263 orang pagi ini | The Malaysian InsightKesemua mangsa terbabit ditempatkan di 4 PPS yang masih beroperasi ketika ini.
Read more »
Mangsa banjir Johor kekal 141 orang | The Malaysian InsightHanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan seramai 79 orang daripada 22 keluarga.
Read more »
Banjir Johor pulih, dua PPS terakhir ditutupBanjir Johor pulih, dua PPS terakhir ditutup
Read more »
Seramai 263 mangsa banjir masih huni 4 PPS di JohorSeramai 263 mangsa banjir masih huni 4 PPS di Johor
Read more »
Matrix Concepts beri sumbangan RM30,000 kepada mangsa banjir di JohorSetakat ini bantuan itu telah diserahkan kepada 600 buah keluarga di tiga pusat pemindahan sementara.
Read more »
Sultan Johor cadang tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan | The Malaysian InsightBaginda bertitah hal ini bagi memastikan ia lebih terbela di bawah enakmen yang tersedia.
Read more »