“Oleh sebab itu, saya rasa (kejayaan) ini sebagai balasan terhadap pengorbanan mereka daripada segi tenaga dan wang ringgit. Saya hadiahkan keputusan cemerlang ini kepada ibu dan ayah.
Demikian luahan hati pelajar cemerlang, Nur Raidah Abdul Majid, 20, selepas diumumkan antara 33 calon di Melaka yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021.
“Ibu, Shehnorhayati Borhan dan ayah, Abdul Majid Amat adalah sumber inspirasi dan saya bersyukur kami bertiga dapat juga naik ke pentas bersama untuk mengambil keputusan. Saya tahu mereka kecewa apabila saya tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebelum ini. “Pada masa sama, menjadi anak bongsu membuatkan saya terus berusaha untuk menggembirakan mereka. Membawa mereka ke atas pentas menjadi tanggungjawab besar kepada saya untuk membanggakan mereka buat kali terakhir,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi STPM 2021 di sini, semalam.
Jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung itu, pelaksanaan PKP menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dijalankan seperti biasa, selain kelas yang diadakan secara dalam talian sering terganggu akibat masalah internet.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
STPM results : Hardship spurs student’s hunger to succeedCHUKAI: With grit and determination, Halimatus Sa’diyah Abdul Faal used her family’s hardships to motivate herself which finally paid off when she ach...
Read more »
Not even severe eyesight problem can stop Niki from excelling in STPMNiki said he had to revise his study materials from a very near distance due to his severe shortsightedness. theSun theSundaily news Malaysia STPM2021 education
Read more »
18 calon STPM Perlis cemerlang peroleh PNGK 4.00KANGAR: Seramai 18 orang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini mendapat keputusan terbaik dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sekali gus menunjukkan peningkatan besar berbanding tahun lalu.
Read more »
Bapa meninggal dunia enam hari sebelum anak dapat keputusan cemerlang STPMSEREMBAN: Seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya itu hari ini bersedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan bapanya yang meninggal dunia enam hari yang lalu.
Read more »
Pelajar albino, rabun raih 5A STPMPASIR MAS: Mendengar dengan penuh teliti setiap patah kata yang dituturkan oleh guru semasa mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas menjadi 'rahsia' Niki Amirul Zimi, 20, pelajar albino dan rabun meraih keputusan 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 yang diumumkan hari ini.
Read more »
45 buah sekolah di Kelantan catat kelulusan 100 peratus STPMKOTA BHARU: Kelantan mencatatkan keputusan membanggakan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 apabila 45 daripada 60 buah sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus.
Read more »