Banci Ekonomi 2023: Selangor paling ramai penduduk
PUTRAJAYA: Selangor merekodkan jumlah paling ramai penduduk berusia 65 tahun ke atas iaitu 482,618 orang manakala, Putrajaya pula paling sedikit dengan 1,535 orang.Ia kemudian diikuti Perak dengan 223,296 orang, Johor , Sabah , Sarawak , Kedah , Kuala Lumpur , Pulau Pinang , Kelantan , Pahang , Negeri Sembilan , Terengganu , Melaka , Perlis dan Labuan .
Pada masa sama, Selangor juga mendahului dari segi jumlah rumah orang tua paling banyak di negara ini dengan 207 buah berbanding 94 buah pada 2015.Sesuai dengan jumlah penduduk paling tinggi di negara ini, Selangor juga mempunyai klinik dan farmasi iaitu paling banyak beroperasi di negara ini masing-masing 3,010 dan 2,434 buah.
Jumlah klinik di Selangor itu mewakili 29 peratus jumlah keseluruhan klinik di seluruh negara manakala, farmasi pula mewakili 19 peratus.Selangor juga merekodkan jumlah tertinggi bagi kedai dobi iaitu 1,196 buah diikuti Johor dengan 499 buah. Banci Ekonomi 2023 memaparkan statistik yang diperoleh bagi tahun rujukan 2022 bertujuan mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai struktur ekonomi berikutan krisis kesihatan dan kegawatan geopolitik.
Banci itu meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi dalam sektor Pertanian, Perlombongan & pengkuarian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selangor catat pertumbuhan KDNK tertinggi pada 2023PETALING JAYA: Selangor mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi berbanding negeri lain tahun lalu pada kadar 5.4 peratus, menyumbang RM406.1 bilion atau 25.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Read more »
Selangor’s RM406b contribution to Malaysia’s 2023 GDP a new record, says MBKUALA LUMPUR, July 2 — Selangor’s economy marked a new milestone with a contribution of 25.9 per cent to Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) for 2023, Menteri Besar Datuk...
Read more »
Selangor launches bus ads to promote Visit Selangor Year 2025Japanese esports gamer Mashiro is blind and often relies on a companion to get around Tokyo – but he hopes that artificial intelligence, hailed as a promising tool for people with disabilities, can help him travel alone.
Read more »
Gaji purata pekerja di KL sekali ganda lebih tinggi berbanding di KelantanBanci Ekonomi 2023 mendedahkan purata gaji pekerja di Kuala Lumpur (RM4,193) adalah sekali kali ganda berbanding di Kelantan (RM2,070).
Read more »
Gaji purata pekerja di KL sekali ganda berbanding pekerja di KelantanBanci Ekonomi 2023 mendedahkan purata gaji pekerja di Kuala Lumpur (RM4,193) adalah sekali kali ganda berbanding di Kelantan (RM2,070).
Read more »
Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasionalKUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Selangor pada tahun lepas menyaksikan negeri itu menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara...
Read more »