salaktinggi EMPAT belas rumah di Kampung Ginching, Salak Tinggi dinaiki air susulan banjir kilat sejurus ban di kampung berkenaan pecah pagi tadi.
Penduduk memaklumkan, ban berkenaan pecah disebabkan hujan lebat sejak semalam sekali gus menyebabkan arus sungai deras.
Penduduk, Azlan Abd Rahman, 56, berkata, air sungai melimpah dan memasuki rumah penduduk sejak 11 pagi hingga mencecah 0.5 meter. Azlan berkata, ban yang terletak kira-kira 300 meter dari Sungai Labu itu, beberapa kali pecah menyebabkan banjir kilat di kawasan itu."Setakat ini pemilik rumah yang dinaiki air belum dipindahkan ke pusat penempatan sementara banjir, namun penduduk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah teruk," katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sepang, Azli Muhidin berkata, anggotanya diarahkan membuat rondaan dan pemantauan ke rumah penduduk yang terjejas. Katanya, belum ada pemindahan namun anggota APM akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gara-gara putus cinta, seorang wanita cuba pecahkan tingkap pesawatWanita yang sedang menangis bertindak memukul tingkap kaca kapal terbang berulang kali menyebabkan lapisan pertama tingkap pecah. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Geng pecah rumah di Kabong tumpasSaratok Tiga individu yang aktif melakukan aktiviti pecah rumah dan curi di sekitar kawasan Kabong di Saratok ditahan, semalam.
Read more »
Tujuh beranak diami rumah usang dalam payaKotaBharu Tinggal di rumah di kawasan paya menyebabkan tujuh beranak di Kampung Pantai Sabak, Kota Bharu hidup dalam kesukaran dan tidak selesa setiap hari.
Read more »
Pemilik gerai mi RM1 tidak berhasrat naikkan hargaTUMPAT: Zailani Ismail tidak kisah menjual makanan dan minuman di gerainya di Kampung Delima di sini hanya pada harga RM1 kerana dia percaya rezeki Al...
Read more »
Wanita warga emas rentung dalam kebakarankinabatangan Wanita warga emas ditemui rentung selepas rumahnya di Kampung Namukon, Jalan Pinangah, Tongod di Kinabatangan musnah terbakar malam tadi.
Read more »
Kanak-kanak tersangkut atas pokok mata kucingJitra Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tersangkut atas pokok mata kucing pada ketinggian satu meter berhampiran rumahnya di Kampung Pida 3, di Jitra, malam tadi.
Read more »