Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah walaupun menempuh pelbagai peristiwa dan dugaan, Raja-Raja Melayu sentiasa membantu mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat jelata.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan tahun depan.
“Sama ada ketika berhadapan kemelut politik dan pandemik Covid-19, sepanjang Paduka Adinda memerintah negara; Paduka Adinda sentiasa menjunjung sumpah yang telah dilafazkan iaitu untuk memerintah Malaysia yang kita cintai ini dengan secara adil menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan sepenuh ketelusan hati.
Sultan Abdullah bertitah menerusi sokongan padu Raja-Raja Melayu sepanjang pemerintahan Seri Paduka, ia akhirnya membawa negara dan rakyat jelata dilindungi daripada terus terjerumus ke kancah yang tidak menentu. Sultan Abdullah bertitah pada hemat Seri Paduka, Raja-Raja Melayu secara kolektif merupakan payung yang melindungi rakyat jelata serta benteng kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Terpahat dalam lipatan sejarah negara bahawa Seri Paduka merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri, bersama empat jemaah menteri yang berlainan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tamat pemerintahan 30 Jan, Al-Sultan Abdullah zahir penghargaan kepada Raja-Raja MelayuKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan penghargaan atas sokongan Raja-Raja Me...
Read more »
Majlis Raja-Raja Melayu bersidang esok tentukan Yang di-Pertuan Agong Ke-17Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, esok akan bersidang bagi urusan menentukan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Read more »
Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara, di sini hari ini.
Read more »
Sultan Johor: Al-Sultan Abdullah pikul tanggungjawab penuh amanah, cukup sempurnaKUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memi...
Read more »
Johor Sultan: Al-Sultan Abdullah shouldered responsibility with trust, wisdom and perfectionKUALA LUMPUR: The Conference of Rulers today expressed its appreciation to Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Sha...
Read more »
Al-Sultan Abdullah shouldered responsibility with trust, wisdom and perfection, says Johor SultanKUALA LUMPUR, Oct 26 — The Conference of Rulers today expressed its appreciation to Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah for shouldering...
Read more »