Bajet 2022: Kaum India mahu dana diagih melalui NGO bukan MITRA
KLANG: Masyarakat India menggesa peruntukan RM145 juta yang diumumkan menerusi Bajet 2022 disalurkan menerusi pertubuhan bukan kerajaan komuniti itu dan bukan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia .
Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan, M. Selventhiran berkata, ini kerana komuniti India mahu pengagihan tersebut benar-benar sampai kepada kumulan penerima. “Kita tidak mahu dana tersebut disalurkan melalui MITRA. Salurkan terus kepada NGO lebih mudah,” katanya pada Majlis Jalinan Kasih Deepavali 2021 dan menyampaikan sumbangan kepada warga yang kurang berkemampuan di Klang di sini hari ini Menurut beliau, pengagihan melalui NGO disifatkan lebih saksama apabila MITRA sebelum ini berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi tersebut. Justeru, NGO komuniti India telah mendesak Majlis Penasihat Hal Ehwal Masyarakat menyiasat dakwaan kronisme dalam pengagihan peruntukan untuk golongan B40 kaum itu yang dikendalikan MITRA. Terdahulu, menerusi Bajet 2022 kerajaan mengumumkan sebanyak RM145 juta disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah MITRA dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.- UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kaum Cina, India dan Orang Asli terima manfaat Belanjawan 2022 | The Malaysian InsightRM200 juta disediakan khusus untuk kaum Cina dan RM145 juta bagi kaum India serta RM274 juta diperuntukkan bagi komuniti Orang Asli.
Read more »
Budget 2022: Minimum EPF contribution of 9% to remain till June 2022PETALING JAYA: Under Budget 2022, the minimum contribution rate for employees to the Employees Provident Fund (EPF), which was reduced to 9% since last year, will remain until June 2022, says Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Read more »




