PETALING JAYA: Kualiti udara di Sri Aman dan Serian dekat Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila masing-masing mencatatkan bacaan melebihi 100 petang ini.
Berdasarkan kemas kini terbaru di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia setakat pukul 5 petang tadi, bacaan IPU di Sri Aman terus mencatatkan peningkatan apabila bacaan terkini mencecah 136 berbanding 128 pagi tadi.Selain itu, sebanyak 60 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana iaitu di bawah 100.
Enam lagi stesen iaitu di Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan; Taiping, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis mencatatkan bacaan di bawah 50 iaitu pada tahap baik. Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 , 101 hingga 200 , 201 hingga 300 dan 300 ke atas .
Berdasarkan kemas kini tersebut, sebahagian besar kawasan di pantai barat Semenanjung yang berada berhampiran Selat Melaka masih mencatatkan bacaan melebihi 70.Di bahagian utara Semenanjung dan pantai timur pula mencatatkan bacaan kurang daripada 70 setakat petang ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sri Aman catat IPU tak sihat pagi iniPETALING JAYA: Kualiti udara di Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan sehingga 128 pagi ini.
Read more »
Jerebu kembali, 14 stesen catat IPU tidak sihat semalamKualiti udara di seluruh negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Read more »
Henti aktiviti luar darjah jika IPU lebih 101Kalau Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih daripada 100, maka tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan ikut garis panduan tersebut.
Read more »
Afghanistan dump holders Sri Lanka out of Asian Games cricketThey beat the defending champs by eight runs to book a semifinal against Pakistan.
Read more »
Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagiKUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan...
Read more »