Azmin kembali ke DUN Hulu Kelang? FMTNews FMTBerita
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali dikatakan aktif di DUN Hulu Kelang menjelang PRN Ogos depan, sekaligus merancakkan spekulasi sama ada beliau akan bertanding di kerusi yang pernah dimenanginya pada 1999.
Sumber PN memaklumkan bekas menteri besar Selangor itu membuka pusat di DUN Hulu Kelang dan sudah memulakan gerak kerja. Seawal Februari lalu Azmin mengumumkan ‘berehat sebentar’ daripada politik dan mahu membuat perancangan baharu. Pada konvensyen jentera PN Selangor di Shah Alam bulan lepas, beliau menyatakan sedia untuk bertanding PRN sekiranya diarah parti.DUN Hulu Kelang merupakan kerusi majoriti Melayu yang dimenangi dan dipertahankan aktivitis reformasi dan pemimpin Amanah, Saari Sungib, selama tiga penggal berturut-turut.
Beliau yang memenangi DUN Hulu Kelang atas tiket PAS mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi itu pada PRN akan datang, kerana masalah kesihatan.“Dia memang orang Hulu Kelang. Kalau ikut sejarah dia, pada 1999 pertama kali dia menang adalah sebagai Adun Hulu Kelang. Jadi PRN kali ini dia kembali ke Hulu Kelang.”
Pada PRU15, Azmin gagal mempertahankan Parlimen Gombak yang disandang selama tiga penggal, di tangan Menteri Besar Amirudin Shari.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: Tempoh paling panjang dalam sejarah selepas DUN bubarPRN: Tempoh paling panjang dalam sejarah selepas DUN bubar BERITA NASIONAL Politik TERKINI ph
Read more »
No regrets not following Azmin out of PKR, says AmirudinThe PKR vice-president acknowledges that he used to be labelled as an Azmin Ali ‘follower’.
Read more »