Azhari kekal Ketua UMNO Shah Alam

Malaysia News News

Azhari kekal Ketua UMNO Shah Alam
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Azhari tewaskan Mua'adzam di Shah Alam Selangor

Walaupun dihimpit pertuduhan di mahkamah atas kesalahan penyelewengan dana, beliau tetap peroleh kemenangan dengan 346 undi menewaskan bekas Ketua Pemuda bahagian itu, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop dan Zamri Shaari.“Biarpun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran kali ini, saya nekad mahu terus berjuang demi UMNO.

“Alhamdulillah, kekukuhan jentera dan sokongan semua memberi kemenangan paling bermakna kepada saya,” katanya pada majlis pengumuman rasmi keputusan pemilihan bahagian itu awal pagi tadi. Menurutnya, beliau akan memfokuskan usaha membangkitkan semula parti keramat itu dan bekerja dengan semua akar umbi.

“Tidak semua menang dan tidak semua kalah. Kita kerja bersama-sama demi bangsa, agama dan negara,” ujarnya.“Sesi pemilihan UMNO Bahagian Shah Alam bagi 2023-2026 telah selesai dan saya memperoleh sebanyak 252 undi. Terima kasih kepada para perwakilan yang memberi sokongan dan undi kepada saya. Maaf dan doakan saya,” katanya.

Pada 14 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Azhari berdepan hukuman penjara lima tahun apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan menyeleweng dana program ibadah korban bernilai RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ketua Cawangan UMNO Kubang Batang menang jawatan Ketua Bahagian TumpatKetua Cawangan UMNO Kubang Batang menang jawatan Ketua Bahagian TumpatTUMPAT: Ketua Cawangan UMNO Kubang Batang, Wakaf Baharu Datuk Ahmad Rosdi Mahmad melakar kejutan apabila dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Tumpat pada pemilihan parti yang berlansung hari ini.
Read more »

Selangor Sultan wants state govt to continue preserving forest reserveSelangor Sultan wants state govt to continue preserving forest reserveSHAH ALAM, March 17 — The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah has ordered the state government to continue preserving the state’s 108,000 hectares forest...
Read more »

Shah Firdaus raih perak Piala Negara-NegaraShah Firdaus raih perak Piala Negara-NegaraShah Firdaus menjadi pelumba Malaysia kedua meraih pingat dalam kejohanan itu tahun ini selepas Azizulhasni. Tahniah!
Read more »



Render Time: 2025-03-01 17:35:33