Menurut pakar diet dikenali sebagai Jazeera Julaili, antara kesan sampingan produk minuman turunkan berat adalah tubuh badan tidak bermaya dan kerap pitam.
Bila berbicara tentang penjagaan badan, sudah tentu orang ramai mahukan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Hidap Masalah Buah Pinggang Akibat Produk Minuman Kuruskan Badan Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X apabila seorang Dietitians dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi info tentang amalan pengambilan produk kuruskan badan berasaskan minuman coffee shakes/coffee drinks.
Perubahan itu membuatkan pesakit berkenaan beranggapan bahawa produk tersebut adalah yang terbaik buatnya. Oleh disebabkan minuman produk kuruskan badan mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan, pakar berkenaan berharap agar orang ramai cakna tentang kesan buruk selain menghentikan pengambilan produk itu.
Jangan cuba untuk beritahu saya produk anda ada ‘NOT KKM ’. Tolonglah jangan. Itu notifikasi KKM untuk pastikan anda berdaftar je. Saya tak nak salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri. Buah pinggang yang rosak pula berkemungkinan tidak mampu membuang lebihan produk sehingga menyebabkan kandungan nutrien terlalu banyak dalam badan.