'Kalau orang Malaysia pun kenal Shahidan, apatah lagi di Perlis. Beliau bukan sahaja bertanding sebagai calon, malah....'
KOTA BHARU: ‘Aura’ bekas Menteri Besar Perlis dan penyadang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional dilihat terlalu kuat sekali gus mampu menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, momentum tersebut membuka peluang kepada PN untuk membentuk kerajaan di negeri berkenaan selepas PRU15. “Kalau orang Malaysia pun kenal Shahidan, apatah lagi di Perlis. Beliau bukan sahaja bertanding sebagai calon, malah turut membantu kerja-kerja kempen PN di negeri berkenaan.
“Selain ‘aura’ Shahidan, gerak kerja selama yang dilakukan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut memainkan peranan dalam membantu kemenangan PN di negeri berkenaan,” katanya selepas menyampaikan Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh di sini malam tadi.Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.
Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 , 2013 dan 2018 . – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kalau saya dendam,‘musuh’ tiada tempat dalam jawatan-Tun M“Kalau saya betul-betul cemburu ka apa ka, orang ini tak boleh naik dan tak dak dendam, perasaan dendam tak dak. Kalau dia sokong parti, saya sokong dia,”
Read more »
Kalau dikritik Presiden Bersatu, baik Pas bergabung dengan parti lain - Ismail Sabri“Tapi nampaknya bila Pas buat pandangan sendiri, dia sentiasa dikritik Presiden Bersatu. Jadi saya percaya, kalau itulah caranya, eloklah Pas memikirkan untuk bergabung dengan parti lain'.
Read more »
TRP's GE15 Hot Seat Take: Is It Still Shahidan's Arau? | TRPBorn and raised in Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim has served his home state throughout his political career.
Read more »
BN Kuala Perlis akui Azahar ada pengaruh kuatBN sememangnya sudah menjangkakan jumlah undi bagi pertembungan kerusi itu akan pecah disebabkan pencalonan Azahar.
Read more »
Kedah, Perlis voters rooting for Perikatan | The Malaysian InsightThey say will vote for parties that champion Islam.
Read more »
BN mahu perkenal semula bantuan kebajikan penduduk PerlisSebelum ini, kerajaan negeri sememangnya menyediakan peruntukan bantuan berjumlah RM150 seorang pada setiap tahun buat semua golongan.
Read more »