Audi RS Q8 2022 di Malaysia — enjin 4.0L V8, 600 PS, 800 Nm, 0-100 km/j dalam 3.8 saat, dari RM1.6 juta
dalam barisan penawaran tempatan. SUV saiz penuh Audi yang pertama dengan lencana RS ini dijual pada harga RM1,699,990 dengan jaminan lima-tahin tanpa had perbatuan, lima-tahun bantuan tepi jalan dan tiga-tahun penyelenggaraan percuma. Q8 S-Line standard yang diperkenalkan semula Julai lalu pula dijual separuh daripada harga berkenaan — RM867k.
Enjin V8 ini juga diganding bersama transmisi automatik lapan-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda quattro Audi. Kuncitengah menghantar kuasa terutamanya ke roda belakang . Jika gelinciran tayar dikesan, sehingga 70% kuasanya boleh dihantar ke roda depan. RS Q8 ini juga dilengkapi suspensi udara adaptif yang merendahkan kedudukan sebanyak 90 mm berbanding model standardnya.
Kulit Nappa juga digunakan untuk membalut bahagian panel pintu, sementara pelapik bumbung menggunakan kulit Alcantara. Ada juga bumbung panoramik, sistem bunyi Bang & Olufsen, penghadang matahari di belkaang dan kerusi dengan larasan elektrik 12-hala dengan sokongan lumbar dan fungsi memori.