putrajaya Penyertaan ATM dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya tahun ini menjadi lebih signifikan ketika cabang pertahanan negara itu disinggung.
Seramai 3,919 pegawai dan anggota ATM serta 126 aset pertahanan terbabit dalam acara kemuncak Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.
Panglima 12 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Marzuki Mokhtar berkata, selain menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-62, keberadaan kontinjen ATM di acara itu akan membolehkan rakyat melihat dan menilai kesiapsiagaan pasukan dalam mempertahankan negara. “Dengan pembabitan ATM bersama aset pertahanan serba canggih, ia akan menaikkan imej pasukan, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat dan kerajaan kemampuan pasukan dalam pertahanan negara,” katanya selepas sesi latihan bersepadu persiapan Hari Kebangsaan ke-62 di Putrajaya, hari ini.
Antara aset ATM akan dipamerkan ialah empat Rapid Ranger iaitu sistem peluru berpandu jarak dekat yang juga antara aset terkini dimiliki ATM.“Datang tengok sendiri aset yang kita ada, rasai gegaran apabila Sukhoi membelah ruang udara dan selepas itu kita yakin persepsi mereka yang meragui kemampuan ATM akan berubah,” kata Marzuki yang mewakili ATM selaku penyelaras jawatankuasa perbarisan dan perarakan.Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bersedia hadapi cabaran perubahan teknologi - Raja Muda PerlisKUALA PERLIS 28 Ogos - Raja Muda Perlis bertitah orang ramai perlu bersedia dengan perkembangan teknologi dan cabaran yang bakal dihadapi.
Read more »
Malaysia teruskan projek kereta terbang walaupun dikritik PBBPelapor PBB berkata ia tidak praktikal kerana Malaysia sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fosil. FMTNews
Read more »
Najib hitung nasibKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengetahui nasibnya pada 11 November depan sama ada dipanggil membela diri atau dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung penyelewangan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Read more »
Bursa terus lemah pada awal daganganKUALA LUMPUR 28 Ogos - Bursa Malaysia meneruskan momentum lemah semalam untuk dibuka rendah pagi ini apabila sentimen gagal meningkat walaupun perkembangan positif dalam ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.
Read more »
MC-21 saingi Boeing, Airbus keluar pesawat penumpangMOSCOW 28 Ogos - Rusia bakal memperkenalkan pesawat penumpang negara ini yang baharu, MC-21 yang dianggap bakal menyaingi syarikat pembuat kapal terbang, Boeing dan Airbus walaupun projek itu dibayangi oleh sekatan dan halangan oleh peneraju sebelum ini, Superjet.
Read more »