ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan dinaikkan
Had pelaburan ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023, manakala ASM ditingkatkan sebanyak RM5 bilion bermula 1 Mei 2023. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2023.
PENINGKATAN had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera , Amanah Saham Bumiputera 2 dan Amanah Saham Malaysia menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bulan lepas. Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn berkata angka itu diramalkan meningkat antara RM3 bilion dan RM5 bilion menjelang akhir tahun ini.
“Sejak had dana itu ditingkatkan, terdapat RM3.5 bilion wang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dengan 30% adalah daripada pemegang unit Bumiputera,” katanya dalam taklimat kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.Had pelaburan ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023, manakala saiz dana bagi ASM turut ditingkatkan sebanyak RM5 bilion bermula 1 Mei 2023.
ASB, ASB 2 dan ASM ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB. – Bernama, 26 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
ASB, ASB 2, ASM attract additional RM3.5b after investment limit increasePNB predicts it will increase up to RM5b by year-end.
Read more »
Ibu rugi RM3.5 juta, terpedaya lelaki dikenali boleh bebaskan anakIbu rugi RM3.5 juta, terpedaya lelaki dikenali boleh bebaskan anak BERITA Jenayah NASIONAL
Read more »
Gaji kurang RM3,000 selesakah hidup di Kuala Lumpur?Gaji kurang RM3,000 selesakah hidup di Kuala Lumpur? Rencana 000selesakahhidupdiKualaLumpur FauziahArof
Read more »
Deal: Samsung Galaxy S23 going for as low as RM2,299 on 25 June - SoyaCincauThis is probably the best deal yet for the Samsung Galaxy S23 in Malaysia. Originally priced from RM3,899, the Samsung Galaxy S23 can be yours for as low as RM2,299 for a limited time.
Read more »