“Program ini bertujuan membangkitkan rasa cinta dalam hati masyarakat kepada penghulu sekalian manusia, sekali gus dengan niat agar Allah SWT ...
PETALING JAYA: Pertubuhan Amal Kebajikan Ar Rasyid akan menganjurkan program Selangor Berselawat bertemakan ‘Rasulullah SAW Merinduimu’ bersempena kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairulnizam Abd. Ghani berkata, program itu akan diadakan di Shah Alam Convention Centre pada 29 Oktober ini dan menyasarkan 3,000 kehadiran dari seluruh negara dengan tiket masuk percuma. “Program ini bertujuan membangkitkan rasa cinta dalam hati masyarakat kepada penghulu sekalian manusia, sekali gus dengan niat agar Allah SWT memberkati bumi Malaysia khususnya Selangor Darul Ehsan,” katanya.
Program itu akan dihadiri ulama dan pendakwah terkenal luar dan dalam negara yang akan bersama untuk menyampaikan tausiyah dalam majlis tersebut. “Kami juga akan menganjurkan program Tausiah Khas setiap Jumaat selepas solat Maghrib secara online menerusi aplikasi Zoom selama tujuh minggu berturut-turut bersama tujuh penceramah yang berbeza-beza secara percuma. Kemuncak program tausiah akan berlangsung di SACC, Shah Alam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PH pernah cadang tutup Yakeb - PM'Baru-baru ini saya sudah salurkan RM3 juta, itu untuk tahun lepas dan tahun ini. Insya-Allah, kita akan bincang untuk tahun hadapan pula.'
Read more »
‘Siapa boleh bercakap mewakili UMNO kalau bukan Ahmad Zahid?’'Entah dapat mandat ataupun tidak, wallahualam (Allah sahaja yang tahu). Orang yang lawan kamu, kamu cantas dan buang. Islam tidak ajar buat perkara begini.'
Read more »
Hot ‘Abang Sado’ cooking up a stormALOR SETAR: Eight firefighters from Selangor can really stand the heat in the kitchen.
Read more »
Beri Jakim lebih kuasa halang anjur konsert artis luar, kata PAS | The Malaysian InsightSuara Jakim dalam Puspal penting untuk elak ideologi songsang menyelinap masuk dalam negara melalui konsert artis barat, kata Ahmad Yahya.
Read more »