AR Badul terkejut dengan berita yang menimpa anaknya setelah dimaklumkan pihak ATM menerusi menantunya. FMTNews
Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia, pagi tadi.
AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkata beliau terkejut dengan berita yang menimpa anaknya setelah dimaklumkan pihak Angkatan Tentera Malaysia menerusi menantunya. “Allahyarham amat rapat dan ada menghubungi serta berjumpa dengan saya sebelum ini. Saya dimaklumkan peluru yang ditembak rakan seperjuangannya tersasar sedikit daripada mengenai plet kalis peluru sehingga mengenai badan arwah,” katanya ketika dihubungi.
Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada 5 anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anak AR Badul meninggal dunia tertembak ketika demonstrasi | The Malaysian InsightBeliau yang merupakan pegawai tentera Grup Gerak Khas, dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah.
Read more »
Tentera darat tubuh lembaga siasatan cari punca kematian anak pelakon AR BadulTentera darat mengesahkan Mejar Mohd Zahir Armaya maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Sabah, pagi tadi. FMTNews
Read more »
Veteran actor-comedian A.R. Badul shocked to hear of commando son's deathPETALING JAYA: Well-known actor-comedian A.R. Badul was in shock on learning that his son had been killed by a live bullet during an army exhibition at the Lok Kawi army camp in Kota Kinabalu.
Read more »
Badul reda pemergian Mohd Zahir“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Read more »
A.R Badul reda pemergian anakKUALA LUMPUR 4 Sept. - Pelakon dan pelawak A.R Badul reda dengan kehilangan anaknya Mejar Mohd. Zahir Armaya, 39 yang meninggal dunia hari ini selepas dikatakan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Read more »