Hendak dikatakan sedang mengalami kejutan budaya, rasanya tidak kena juga sebab masing-masing bukanlah terlalu asing dengan industri seni.
Namun mengapa masih ada antara pelakon-pelakon baru ini yang masih ulang kesilapan orang lama ya? Apa yang Cik Bunga maksudkan adalah konsistensi dalam mengamalkan sikap profesional ketika bekerja termasuk bagaimana adab membawa diri sebagai seorang anak seni. Mana yang mula menyombong baik dengan peminat mahupun dengan orang dalam industri, ada masalah disiplin di set penggambaran dan sebagainya. Aik? Baru berjaya dengan satu drama tak akanlah dah mula mendabik dada? Tak akanlah mula lupa diri? Kalaulah itu yang dapat Cik Bunga katakan, tentu mereka pun tak dapat menerimanya. Iyalah, siapa sahaja yang suka dirinya dikritik? Kalau boleh semua mahu menelan pujian.
Nasihat Cik Bunga untuk adik-adik pelakon baharu ini, tinggalkan sikap buruk itu segera. Sayangilah kerjaya yang telah penat lelah kamu bina walaupun mungkin belum lama macam artis-artis senior sedia ada. Nak naik bukan senang, tapi kalau jatuh, adakala boleh terduduk dibuatnya. Cik Bunga tak mahu petik setiap nama sebab semua tahu siapa yang kita maksudkan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: technavemy - 🏆 6. / 68 Read more »