Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur bacaan ayat al-Quran yang dipetik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kenyataan Hamzah, Ahli Parlimen Larut berunsur fitnah serta syorkan supaya beliau membaca penulisan mengenai qazaf yang bererti tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
“Ketua Pembangkang yang bekerja selama hampir 25 tahun, mencerca memfitnah, berkonspirasi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara lebih licik. Saya tidak akan mengulas perkara itu kerana tentunya dia belum ditarbiyah oleh Ahli Parlimen Marang yang menulis tentang qazaf. “Saya syorkan buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang dan apabila baca al-Quran, terutama bagi kita yang tidak terdidik daripada sekolah agama atau sekolah Arab, bacalah dengan betul.
Anwar kemudian membacakan surah Ali-Imran ayat 54 di dalam Dewan itu bagi membetulkan bacaan Ahli Parlimen Larut itu. Anwar Ibrahim membentangkan bajet mini, membabitkan peruntukan berjumlah hampir RM56 bilion di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
DPM Fadillah moves confidence motion in support of Anwar in ParliamentKUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof has moved the confidence motion in support of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s leadership as Malaysia's 10th Prime Minister.
Read more »
Ramanan reda, hormati keputusan PM tiada dalam barisan KabinetAhli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menghormati pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik semua barisan Kabinet
Read more »