PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Muslim Belgium, Esma Ucan sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brussels.
Perdana Menteri berkata, pertemuan itu dimanfaatkan untuk bertukar pandangan dan berkongsi peranan Malaysia dalam mempromosikan keamanan, keharmonian sejagat serta menangani isu ekstremisme dan masalah serantau.
“Ruang yang ada ini saya gunakan untuk bertukar pandangan dan berkongsi peranan dimainkan Malaysia terkait mempromosikan keamanan, keharmonian sejagat, ekstremis dan juga isu serantau termasuk situasi di Gaza,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Pertemuan tersebut menekankan pentingnya dialog antara pihak berbeza dalam memupuk persefahaman dan menyelesaikan konflik terutama dalam isu melibatkan umat Islam sejagat.
Lawatan kerja Anwar ke Brussels turut merangkumi usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kesatuan Eropah serta membuka peluang kerjasama strategik dalam pelbagai sektor. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM Anwar offers condolences to family of Muslim Brotherhood activist Youssef NadaKUALA LUMPUR, Dec 22 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has conveyed his condolences to the family of Muslim Brotherhood activist Youssef Nada, who died today. “It...
Read more »
[Video] Momen Pelajar Lelaki Nangis Ketika Majlis Perpisahan Buat Ramai Terkenang Zaman SekolahMenerusi video tular, kelihatan sekumpulan pelajar dari SMA Repah, Tampin yang berbaris di atas pentas itu tidak dapat menahan sebak selepas bersalaman dengan guru-guru mereka.
Read more »
Kerjasama MAIPs dan Majlis Agama Islam 6 Wilayah terus kukuhKerjasama MAIPs dan Majlis Agama Islam 6 Wilayah terus kukuh - Raja Muda Perlis
Read more »
Video lucah didakwa babit Ahli Majlis MCA Johor tularVideo lucah didakwa babit Ahli Majlis MCA Johor tular
Read more »
Viral 'Amoi' Belanja Tarian Mencolok Mata Di Kelantan, Kerajaan Siasat Penganjur MajlisDifahamkan, majlis makan malam itu berlangsung di sebuah dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Read more »
[Video] Ramai Sebak Lihat Kadet SISPA Buat Kawad Kaki Untuk Rai Pegawai Ketika Majlis KonvokesyenMenerusi video, rakan kepada Puan Normawati memaklumkan seramai 3 kompeni kadet SISPA telah hadir ke majlis konvokesyen terbabit untuk meraikan pegawainya.
Read more »