ayerkeroh YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersetuju supaya Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan media, hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bersetuju supaya Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020. “TYT turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan,” katanya.Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai tokoh dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ketua Menteri Melaka baharu angkat sumpah Jumaat?ayerkeroh Ketua Menteri Melaka ke-12 bagi menggantikan Adly Zahari selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dijangka diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini.
Read more »
Permintaan ketua menteri Melaka bubar Dun ditolak | The Malaysian InsightAdly Zahari yang tidak lagi mendapat kepercayaan Adun Melaka perlu meletakkan jawatan.
Read more »
Ketua Menteri Melaka ditamatkan perkhidmatanPENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam.
Read more »
Ketua Menteri Melaka: Umno atau Bersatu?ayerkeroh KETUA Menteri Melaka baharu masih belum diputuskan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan nama calon bagi menggantikan Adly Zahari yang hilang kepercayaan untuk memimpin negeri itu.
Read more »
Ketua Menteri Melaka minta DUN dibubarkan | The Malaysian InsightAdly Zahari kemuka cadangan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Dr Mohd Khalil Yaakob.
Read more »
Rafiq, Idris, Sulaiman disebut calon Ketua Menterimelaka Penganalisis politik Mohd Hanafiah Hamzah berkata, walaupun komposisi lebih kepada BN, namun jawatan Ketua Menteri mungkin diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandangkan jawatan Menteri Besar Johor sudah diberi kepada UMNO.
Read more »