Beyond the Breaking News

Anak yatim, miskin jangan tolak tawaran IPTA

Malaysia News News

Anak yatim, miskin jangan tolak tawaran IPTA
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pelajar daripada keluarga miskin atau anak yatim yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diingatkan supaya tidak menolak peluang tersebut hanya disebabkan kekangan kewangan.

PETALING JAYA: Pelajar daripada keluarga miskin atau anak yatim yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam diingatkan supaya tidak menolak peluang tersebut hanya disebabkan kekangan kewangan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat , Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak mesej di media sosial mengenai pelajar anak-anak yatim atau miskin yang bercadang menolak tawaran ke IPTA. Menurutnya, beliau telah menghubungi beberapa Naib Canselor universiti, manakala Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut mengarahkan supaya pelajar yang kurang berkemampuan diberikan bantuan sewajarnya.

“Saya menerima banyak mesej di media sosial perihal anak-anak yatim dan miskin yang berkira-kira untuk menolak tawaran IPTA. Saya sudah hubungi beberapa Naib Canselor universiti.

“Menteri, Dr. Zambry arahkan bantu pelajar susah. Jangan sesekali tolak,” katanya di Facebook hari ini. Beliau turut menggesa pelajar yang menerima tawaran ke mana-mana institusi pendidikan MARA sama ada Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, TVET MARA, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia atau Universiti Kuala Lumpur supaya mendaftar terlebih dahulu. Katanya, pelajar boleh berjumpa pegawai pendaftar di institusi masing-masing kerana beliau sendiri telah mengarahkan agar bantuan diberikan kepada pelajar yang miskin, kurang berkemampuan atau yatim.

“Daftar sahaja dulu. Berjumpa dengan pegawai-pegawai pendaftar. In Sha Allah saya sendiri sudah arahkan semua agar bantu pelajar-pelajar susah, miskin atau yatim yang perlukan bantuan.

“Saya selalu ingatkan bahawa hanya ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan. MARA akan bantu, insya-Allah,” katanya. -UTUSAN

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Anak Asyik Menghadap Telefon? Ini 5 Tips Mudah Untuk Kurangkan Waktu Skrin AnakAnak Asyik Menghadap Telefon? Ini 5 Tips Mudah Untuk Kurangkan Waktu Skrin AnakKanak-kanak yang terdedah kepada waktu skrin berlebihan boleh menyumbang kepada obesiti, masalah tidur dan kemurungan.
Read more »

KPM serah pihak berkuasa ambil tindakan sekolah RohingyaKPM serah pihak berkuasa ambil tindakan sekolah RohingyaInstitusi pendidikan di bawah kementerian tertakluk kepada peruntukan Akta Pendidikan 1996.
Read more »

Keluarga dakwa anak jadi mangsa buli, traumaKeluarga dakwa anak jadi mangsa buli, traumaPADANG BESAR: Pasangan suami isteri dari Chuping, di sini mendakwa anak sulung mereka berusia 12 tahun menjadi mangsa buli fizikal dan mental di sekolah, sekali gus memberi kesan trauma yang mendalam.
Read more »

State funding sought to strengthen indigenous eduState funding sought to strengthen indigenous eduKota Kinabalu: The Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah (PMANS) is calling on the State Government to consider a special allocation for its Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) to support th
Read more »



Render Time: 2026-07-17 14:16:55