Menurut coach parenting yang dikenali sebagai Fhais, sikap ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi iaitu dengan menjerit akan mendorong kepada karakter kasar anak-anak.
Pasti ramai di kalangan ibu bapa yang sedang bergelut untuk mendidik anak-anak di rumah sehinggakan pening kepala dibuatnya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
#1. Jangan Jerit Secara Melampau Fhais menjelaskan ibu bapa perlulah mengawal emosi dengan tidak terlalu menjerit, atau menengking kepada anak. Hal ini kerana, apa sahaja yang didengari oleh si anak akan menyebabkan mereka memendam perasaan sehingga membentuk karakter yang kasar pada masa akan datang.
Jelas Fhais, jika anak meminta izin untuk melakukan perkara yang tidak memudaratkan, maka tidak salah untuk ibu bapa membenarkannya. Namun sikap tersebut akan membuatkan si anak berfikir dan belajar bahawa mereka perlu menjerit serta tantrum agar benda yang dimahukan ‘dilayan’ oleh orang tua. 5 Tips Tangani Masalah Anak Tantrum Mengendalikan anak tantrum sememangnya bukan satu kerja yang mudah. Kadangkala, ada juga ibu bapa berputus asa melawan perangai anak agresif akibat keletihan yang melampau.