Anak gajah Pygmy Borneo mati dilanggar di jalan Lahad Datu-Sandakan
SEEKOR anak gajah mati akibat dilanggar sebuah kereta Perodua Viva dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan, awal pagi tadi.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu Sylvester Saimin ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku kira-kira 2.16 pagi dan anak gajah spesies Gajah Pygmy Borneo itu mati di lokasi kejadian. “Pemandu kenderaan terbabit pula dipercayai tidak mengalami kecederaan namun kenderaan yang dipandunya rosak di bahagian hadapan,” katanya hari ini.
Menurutnya kejadian itu berlaku dipercayai berlaku apabila anak gajah berkenaan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu terbabit tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan mamalia itu. “Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu kemudian melakukan post mortem sebelum menanam bangkai anak gajah berkenaan,” katanya lagi. – Bernama, 26 November, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Juvenile elephant killed in Lahad Datu accidentKOTA KINABALU: A calf Borneo pygmy elephant was killed after it was knocked down by a car in Lahad Datu during the wee hours of Saturday (Nov 26).
Read more »
Ibu bapa di Aghanistan beri anak ubat penenang elak menangis kelaparanSegelintir ibu bapa sanggup memberikan anak-anak makan ubat penenang yang boleh mencetuskan rasa mengantuk bagi membolehkan mereka 'melupakan seketika rasa lapar'.
Read more »
Kenali 4T, tanda anak ada simptom diabetesKanak-kanak dengan diabetes Jenis 1 mengharapkan sokongan ibu bapa secara fizikal, misalnya membantu mereka memberi suntikan insulin.
Read more »
Anak Negeri backs formation of national unity government | Daily Express Online - Sabah's Leading News PortalParti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) fully supports the formation of a national unity government as proposed by the Yang DiPertuan Agong.
Read more »
Calon Pejuang DUN Rompin tak takut hilang deposit'Saya lihat situasi yang berlaku ini adalah gelombang anak muda dan pengundi baharu. Di DUN Tioman ini kalau mereka pilih calon, insya-Allah saya ada harapan (tidak hilang wang deposit), ini kerana sebagai anak tempatan, ramai mengenali saya di sini,'
Read more »
Pendidikan politik pengundi 18 tahun tidak cukupTindakan sesetengah anak muda yang masih memainkan isu perkauman dan tragedi 13 Mei tanpa memahami sejarah itu sendiri dengan lebih lanjut.
Read more »