Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan BERITA NASIONAL Politik TERKINI top
Aminuddin, 56, mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kira-kira pukul 4.15 petang dan seterusnya menandatangani akuan sumpah.
Tuanku Muhriz kemudian menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Aminuddin. Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan turut disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1. Aminuddin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sikamat selepas menang pada Pilihan Raya Negeri kelmarin dengan majoriti sebanyak 2,662 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan buat penggal kedua selepas PH-BN memenangi sebanyak 31 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. -UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MB Negeri Sembilan dijangka angkat sumpah esokPengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata bagaimanapun calon menteri besar belum dimuktamadkan.
Read more »
Aminuddin blames low voter turnout for Pakatan-BN’s five-seat loss in Negeri SembilanKUALA LUMPUR, Aug 14 — The Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) alliance failed to make a clean sweep of all 36 seats in the Negeri Sembilan state election last Saturday due...
Read more »
Aminuddin will be Negeri Sembilan MB, says sourceThis comes amid widespread speculation over who will lead the state administration following PH-BN’s two-thirds win in Saturday’s polls.
Read more »
Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula, kata sumberIni menyusul spekulasi siapa akan memegang jawatan itu selepas PH-BN menang majoriti dua pertiga pada PRN Sabtu lalu.
Read more »