Kedua-dua peristiwa itu telah dianggap kecil berbanding agenda besar iaitu penganjuran Himpunan Penyatuan Ummah. utusanonline
Malah kedua-dua peristiwa itu telah dianggap kecil berbanding agenda besar kedua-dua parti iaitu menerusi penganjuran Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra selama dua hari bermula esok.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, dalam menyelesaikan dua isu yang menjadi polemik itu, kedua-dua parti Melayu terbesar itu berpendirian merujuk kepada satu sumber iaitu al-Quran dan as-sunnah. "Antara UMNO dan Pas kami merujuk kepada satu sumber iaitu al-Quran dan as-Sunnah jadi soal maaf bermaafan ini terjawab dengan sendiri dan sudah ada dalam al-Quran. "Apabila kami bekerjasama, kami memandang ke hadapan dengan niat kerana Allah, kami melakukan ini kerana agama memerintah kami buat begini, kami melakukan ini kerana Allah memerintahkannya," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini hari ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini dilaporkan berkata, meminta Pas menarik balik kenyataan yang melabelkan UMNO sebagai kafir sebelum kedua-dua parti itu memeterai piagam pada Sabtu ini. Jelas Dr. Mahathir, amanat Abdul Hadi masih relevan kecuali beliau membuat kenyataan rasmi memohon maaf terhadap UMNO. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas menyifatkan peristiwa di Memali, Kedah juga telah menjadi satu perkara kecil berbanding peristiwa lebih besar iaitu penyatuan ummah yang ditunjangi oleh UMNO dan Pas. "Pas di Memali sudah begitu akrab dengan UMNO jadi apa lagi orang lain nak fikirkan lebih-lebih, Alhamdulillah tiada apa-apa masalah. Malahan difahamkan majlis yang setiap tahun dijalankan di Memali iaitu untuk memperingati para syuhada juga terus berjalan dalam bentuk tersendiri dengan keharmonian dipupuk menerusinya, "Masyarakat di Memali ini adalah ahli-ahli Pas dan mereka juga patuh, kami tidak menerima sebarang persoalan daripada mereka mengenai penyatuan ummah ini. Lagipun peristiwa itu berlaku semasa Perdana Menteri keempat, sekarang kita bole buat pertimbangan dalam perkara ini," katanya.-UTUSAN ONLINE.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS tak perlu mohon maaf isu 'Umno kafir', kata Asyraf | The Malaysian InsightAsyraf berkata, Umno dan PAS telah mengambil ketetapan untuk melupakan sengketa antara kedua-dua parti itu.
Read more »
Umno Youth says Dr M should apologise first before asking PAS to do soKUALA LUMPUR: Umno Youth has called on Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to apologise to victims of the Memali tragedy before asking PAS to apologise for labelling Umno members 'kafir' (infidel).
Read more »
Menjelang himpunan ummah, Umno bayangkan gerakan lebih besarUmno dan PAS perlu membentuk muafakat kebangsaan yang lebih inklusif dan lebih besar. FMTNews
Read more »
Amanat Hamidin kepada B-15 negaraKUALA LUMPUR 11 Sept. - 'Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Itu pesanan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin kepada skuad Bawah 15 (B-15) negara yang akan menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-16.
Read more »
Peristiwa Memali sudah jadi kecil, kata Takiyuddin | The Malaysian InsightKejadian itu tak timbul lagi selepas Umno dan PAS memilih untuk bekerjasama atas nama penyatuan ummah.
Read more »




