'Alahan saya pelik betul, rasa tak boleh nak duduk dalam rumah sendiri”
PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin mendedahkan dia sedang mengalami alahan pelik apabila dia tidak gemar melihat perabot dan perhiasan di dalam rumahnya.
“Buat masa ini, mengidam sesuatu itu tiada, cuma biasalah kita manusia, macam setiap hari ada teringin nak makan itu ini. Semasa saya mengandung dua orang anak sebelum ini tiada rasa mengidam atau alahan. “Bila hamil kali ini, apa yang saya suka kini semuanya menjadi berlawanan. Sampai tidak boleh lihat barang-barang dalam rumah. Malah, bila tengok barangan hiasan rumah melalui ruangan Instagram pun saya rasa nak muntah dan serabut,” tuturnya.
Dalam pada itu, dia memanjatkan doa terhadap Ilahi agar alahan yang dialaminya ini berakhir dengan cepat serta diberikan kesihatan yang baik.