Aktiviti kesan kes Covid-19 dipertingkat - Utusan Digital

Malaysia News News

Aktiviti kesan kes Covid-19 dipertingkat - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Fakta itu disokong oleh analisis dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan semasa (Rt) di Kedah menurun secara konsisten daripada 1.26 pada 26 Julai 2021 kepada 1.13 pada 8 Ogos 2021.

ALOR SETAR: Trend peningkatan kes Covid-19 di Kedah kebelakangan ini berlaku berikutan pertambahan aktiviti pengesanan kes secara pasif dan aktif, selain penjejakan kontak dan saringan bergejala yang dilakukan sejak bulan lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, langkah itu diambil bagi mengesan sebanyak mungkin kes positif dengan tujuan mengasingkan mereka agar tidak menjangkiti orang lain. Cara itu juga, katanya, membolehkan individu yang dijangkiti Covid-19 diberikan rawatan pada peringkat lebih awal.“Bilangan itu merupakan rekod harian tertinggi setakat ini bagi negeri Kedah sehingga menimbulkan kegugusan pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau menambah, pertambahan aktiviti pengesanan kini mula membuahkan hasil apabila analisis dijalankan mendapati peningkatan jumlah kes baharu pada minggu epidemiologi terkini, mula menunjukkan pengurangan berbanding minggu-minggu sebelumnya. “Analisis Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan peningkatan jumlah kes baharu pada ME 31 bagi tahun ini yang merangkumi tarikh 1 hingga 7 Ogos, adalah sebanyak 12 peratus berbanding jumlah kes baharu sepanjang ME 30 iaitu 25 hingga 31 Julai. “Peningkatan jumlah kes baharu itu jelas lebih rendah berbanding kadar 55 peratus dan 48 peratus untuk dua minggu sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, fakta itu disokong oleh analisis dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan semasa di Kedah menurun secara konsisten daripada 1.26 pada 26 Julai 2021 kepada 1.13 pada 8 Ogos 2021. – UTUSAN ONLINE

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Covid-19: Record high 360 deaths bring total fatalities to 10,749Covid-19: Record high 360 deaths bring total fatalities to 10,749PETALING JAYA: Daily fatalities due to Covid-19 have reached a new high, with a record 360 deaths reported on Sunday (Aug 8), of which 85 were brought-in-dead cases, says the Health Ministry.
Read more »

Health DG: Three new Covid-19 cases found from recent Parliament sittingHealth DG: Three new Covid-19 cases found from recent Parliament sittingPETALING JAYA: Three more cases of Covid-19 with high infectivity have been detected in connection with the recent special Parliament sitting, bringing the total count to 88 as of Sunday (Aug 8), says the Health Ministry.
Read more »

Record 39 new Covid-19 clusters, 18 from workplaces | The Malaysian InsightRecord 39 new Covid-19 clusters, 18 from workplaces | The Malaysian InsightTotal active clusters nationwide now stand at 1,213.
Read more »

36 new Covid-19 clusters, 19 from places of work | The Malaysian Insight36 new Covid-19 clusters, 19 from places of work | The Malaysian Insight36 new Covid-19 clusters, 19 from places of work
Read more »

Covid-19: 36 new clusters recorded, 19 linked to workplaces, says Health DGCovid-19: 36 new clusters recorded, 19 linked to workplaces, says Health DGKUALA LUMPUR (Bernama): A total of 36 new Covid-19 clusters were recorded Monday (Aug 9) with 19 of them linked to workplaces, says Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 05:56:31