Agensi kerajaan dan rakyat juga boleh menjadi mekanisme semak dan imbang bagi memastikan tiada isu penyalahgunaan kuasa berlaku
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk mengaktifkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan jawatankuasa lain di bawah Parlimen bagi membolehkan proses semak dan imbang ketika darurat.
Kata Shamrahayu, ramai yang mempertikaikan soal `pencerobohan’ terhadap sistem demokrasi berparlimen serta semak dan imbang ketika darurat yang menuntut kepada penggantungan Parlimen dan DUN. “,” katanya dalam program siri webinar bertajuk PKP2.0 dan Darurat: Situasi Ekonomi dan Sosial anjuran Akademi Profesor Malaysia secara dalam talian semalam.
Shamrahayu berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semak dan imbang selepas kerajaan melaksanakan darurat sekali gus meletakkan kerajaan berkuasa ke atas agihan kewangan negara.