Difahamkan, kejadian aksi superman itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan ke arah Linggi pada semalam (10 Mac).
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan Malaysia mencatatkan purata 18 kematian sehari disebabkan kemalangan pada tahun lalu iaitu 12 daripadanya melibatkan motosikal.
Sejak dahulu, banyak kes dilaporkan berlaku di mana penunggang motosikal membuat aksi bahaya di atas jalan raya. Ada juga di antara mereka yang melakukan aksi superman itu di lorong kanan lebuh raya iaitu laluan untuk kenderaan ringan untuk memotong.— EBU March 10, 2024 Netizen Kecam Aksi Superman Sekumpulan Wanita Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat mengkritik aksi yang boleh membahayakan keselamatan pemandu jalan raya lain.
Malah ada juga yang berpendapat golongan sebegitu tidak serik dengan kelakuan mereka selagi mana ia tidak memberi kemudaratan kepada keselamatan mereka sendiri. “Layak dikecam. Kalau accident bukan diorang je kena. Habis libatkan pengguna jalan raya lain lepas itu jammed. Nak mati katak jangan susahkan orang,” kata seorang wanita.