lipis Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road, hari ini.
Dalam kejadian 4.45 pagi itu, mangsa, Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa menaiki kereta bersama dua lagi rakan dan mereka dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. “Sebaik di tempat kejadian, pemandu kereta berkenaan, Nukman Salleh, 39, dipercayai terlelap sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan pakaian terpakai yang berada di lorong kecemasan.
“Akibat kejadian itu, Mohd Shaiful yang duduk di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang duduk di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian, akibat parah di kepala dan badan,” katanya, hari ini.“Pemandu serta seorang lagi penumpang kereta berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian,” katanya.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pakatan akan terima akibat jika lombong nadir bumi di Perak | The Malaysian InsightKerajaan menukar pendirian dalam isu Lynas menyebabkan pengundi PH berpaling arah pada PRK Tanjung Piai, kata penganalisis.
Read more »
Angka korban akibat gempa di Albania meningkatPerdana Menteri Albania, Edi Rama berkata, angka korban mungkin meningkat dalam tempoh beberapa jam akan datang kerana masih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan. FMTNews Albania Pray4Albania
Read more »
Banjir kilat di dua daerah di Kelantantanahmerah Beberapa kampung di Kuala Krai dan Tanah Merah dilanda banjir kilat malam tadi, selepas hujan lebat selama tiga hari.
Read more »
Detik hitam dua beradikDUA beradik lelaki masing-masing berusia 13 dan 15 tahun berdepan detik hitam selepas mendakwa menjadi mangsa liwat seorang lelaki gila seks di Kuala Terengganu.
Read more »
Dr Mahathir kagum kemudahan Gas Asli Cecair Terapung Dua | The Malaysian InsightKemudahan itu dapat mencapai rizab gas laut dalam yang terletak sehingga 1,500 meter di bawah air.
Read more »
Polis akan pamer semula gambar perusuh dalam siasatan kematian AdibPada 27 Sept lepas Koroner Rofiah Mohamad memutuskan Muhammad Adib mati akibat akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali. FMTNews KuilSriMariamman JusticeForAdib
Read more »