Beyond the Breaking News

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara | The Malaysian Insight

Malaysia News News

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara | The Malaysian Insight
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara

SPRM turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2023.

AKAUN bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu. Menurut kenyataan SPRM itu, suruhanjaya tersebut turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri itu, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas. “Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 , bagi tindakan tersebut. “Susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi,” menurut kenyataan SPRM itu, yang kini sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara itu. Pada 19 Mei lepas, seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri, dilaporkan disiasat SPRM mengikut Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001 berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion. Sumber berkata siasatan itu kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada hari sama dilaporkan sebagai berkata siasatan bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 AMLATFPUAA 2001.– Bernama, 9 Jun, 2023.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Local cops working with Thai police to find missing woman | The Malaysian InsightLocal cops working with Thai police to find missing woman | The Malaysian InsightMalaysian Chong Sum Yee’s disappearance in Chiang Mai under investigation.
Read more »

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan rasuah lebih RM500,000 | The Malaysian InsightSPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan rasuah lebih RM500,000 | The Malaysian InsightSuspek didakwa menerima rasuah secara bulanan antara RM300 dan RM3,000 sejak 2018 hingga 2022.
Read more »

Umno perlu tawaran baharu untuk orang Melayu, kata timbalan presiden | The Malaysian InsightUmno perlu tawaran baharu untuk orang Melayu, kata timbalan presiden | The Malaysian InsightTawaran itu bezakan Umno dengan parti lain yang hanya tunggang agama dan sentimen kaum, kata Mohamad Hasan.
Read more »

I Went To Penang To Try Michelin Guide Food: Is It Worth It? | TRPI Went To Penang To Try Michelin Guide Food: Is It Worth It? | TRPDo the anonymous Michelin Guide inspectors really understand Malaysian food?
Read more »

Pengusaha taska rugi RM1.06 juta terpedaya pelaburan tak wujud | The Malaysian InsightPengusaha taska rugi RM1.06 juta terpedaya pelaburan tak wujud | The Malaysian InsightPengadu berkenalan dengan seorang lelaki apabila akaun Instagram beliau ‘ditag’ oleh akaun Tan Sau Fung.
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:49:18