Akan berubahkah sikap pengundi Melayu? Forum SuratPembaca
PILIHAN raya negeri bagi enam negeri akan dilaksanakan tidak lama lagi. Sudah pasti negeri-negeri terlibat sibuk melakukan persiapan manakala penyokong dan ahli parti-parti akan turun membantu.
Pun begitu yang menjadi perhatian pada PRN kali ini ialah sama ada pengundi Melayu akan mengulangi sejarah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 . Walaupun orang Melayu merupakan penduduk majoriti dengan komposisi mencecah 70 peratus, namun hanya 11 peratus dikatakan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU. Namun, semua akur dengan kerajaan perpaduan yang ditubuhkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, keengganan orang Melayu untuk keluar mengundi juga menjadi punca ketidakstabilan politik dan kepimpinan kerajaan. Dilaporkan lebih 30 peratus orang Melayu tidak keluar mengundi pada PRU lepas, sementara pengundi Cina mencatatkan jumlah peratus tertinggi keluar mengundi. Ini membuktikan pengundi Cina lebih komited terhadap tanggungjawab mengundi. Bahkan mereka yang berada di luar negara sanggup pulang ke tanah air pada hari pengundian menggunakan wang sendiri.
Amat menarik untuk kita perhatikan, adakah sebahagian pengundi Melayu akan berterusan dengan sikap sama, mengulangi apa yang telah disebut oleh ramai berulangulang kali atau sudah timbul kesedaran untuk memilih parti dan pemimpin yang benarbenar ‘bersih’? Atau mereka tidak mengambil endah untuk keluar mengundi yang mana sikap itu adalah tidak bertanggungjawab.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Permintaan elektrik dijangka meningkat 1.8 peratus tahun iniPertumbuhan permintaan akan didorong sebahagian besarnya oleh pemulihan dalam sektor perindustrian di Semenanjung Malaysia.
Read more »
Sudah-sudahlah serang bukan Melayu, Syed Saddiq beritahu Dr Mahathir | The Malaysian InsightSudah-sudahlah serang bukan Melayu, Syed Saddiq beritahu Dr Mahathir
Read more »
'Serang bukan Melayu serupa serang semua rakyat Malaysia'PETALING JAYA: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya bahawa usaha mempromosikan negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Read more »
Dr Mahathir jumpa Muhyiddin, bincang Proklamasi Melayu | The Malaysian InsightKedua-dua pemimpin tersebut ketepi perbezaan di antara mereka demi tujuan tersebut, kata sekretariat Proklamasi Melayu.
Read more »
Peralihan 10 peratus sokongan sukar - SanusiPeralihan 10 peratus sokongan sukar – Sanusi BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRNKedah
Read more »