'Ajaran Asmaul Husna Wan Maseri' dirujuk ke Majlis Fatwa Kebangsaan
Ahmad Marzuk Shaary berkata individu yang membawa ajaran tersebut bukan lagi ahli PAS, walaupun sebelum ini pernah menjadi calon dalam pilihan raya. – Gambar Facebook, 12 Disember, 2020.
ISU mengenai ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ yang didakwa sebagai menyeleweng daripada Islam, akan dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dibuat penilaian dan keputusan selanjutnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary. Menurutnya perkara itu sebelum ini sudahpun dibangkitkan dan dibincang beberapa kali di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, dalam mesyuarat pasca kabinet.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!