Melalui laman X (Twitter), bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan pendapatnya supaya bahasa Inggeris menjadi medium pengajaran bagi subjek sains dan matematik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak meneruskan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Tun M menegaskan bahawa perkembangan dalam bidang sains kebiasaannya tidak terjadi dalam lingkungan bahasa Melayu. Ia berbeza dengan bidang ilmu lain. Seperti geografi dan sejarah contohnya, fakta asasnya amat jarang berubah. Hanya penyampaiannya yang mungkin berlainan. Jadi keperluan menterjemah adalah terhad. Tetapi bagi sains dan matematik, penemuan dan penerapan baharu harus dipelajari jika para pelajar mahu terus seiring dengan teknologi baharu.
Jika pengajaran dijalankan dalam bahasa Inggeris, semua ilmu pengetahuan baharu boleh dipelajari secara terus kerana kebanyakan kertas ilmiah diterbitkan dalam bahasa itu. Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan semula keputusan itu dan mencadangkan supaya sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun Mahathir Ingin Kembalikan PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris telah diperkenalkan kepada pelajar Darjah 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2003 dan kemudiannya dimansuhkan 10 tahun selepas itu iaitu pada 2013.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pertimbang ajar Matematik, Sains dalam BI, Dr M beritahu kerajaanDr Mahathir Mohamad berkata ini kerana sebahagian besar ilmu Sains dan Matematik berasal dari bahasa Inggeris.
Read more »
G25 syor sebahagian pendidikan agama jadi kurikulum selepas sekolahG25 berkata lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Read more »
SPM bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024Ujian amali sains dijadual 5 hingga 7 Dis, diikuti ujian bertutur bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Jan manakala ujian bertutur bahasa Inggeris 17 hingga 23 Jan tahun depan.
Read more »
Peperiksaan SPM 2023 Akan Diawalkan - Menteri PendidikanPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 bagi ujian amali sains.
Read more »
Program Puteri Belantara USM, serlah kepimpinan anak orang asliProgram Puteri Belantara anjuran pensyarah dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Pos Kemar, Gerik Perak berteraskan kepimpinan asas.
Read more »