Ahmad Zahid gesa Peguam Negara percepat keputusan representasi

Malaysia News News

Ahmad Zahid gesa Peguam Negara percepat keputusan representasi
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta menyegerakan keputusan representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang kini didengar di Mahkamah Tinggi.

Pasukan peguam bela yang mewakili Timbalan Perdana Menteri berkata, hingga hari ini pihaknya masih belum menerima jawapan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi pertimbangan agar semua 47 pertuduhan yang dihadapinya dikaji semula.

Laporan media sebelum ini menyatakan, Peguam Negara akan menamatkan kontraknya bulan depan selepas dilantik semula menggalas jawatan tertinggi di AGC selama enam bulan bermula 6 Mac lalu. Timbalan Perdana Menteri mengemukakan representasi melebihi 200 muka surat mengandungi isu kompleks yang dihantar terus kepada Peguam Negara sebagai asas untuk pertimbangan agar pertuduhan yang dihadapinya, digugurkan.

Kenyataan itu turut menggariskan lima alasan dalam representasi tersebut termasuk pendakwaan bersifat politik oleh Tan Sri Tommy Thomas iaitu Peguam Negara ketika itu. “Kecacatan siasatan yang dijalankan akibat dari tempoh siasatan yang singkat akibat dari kegopohan untuk menuduh Ahmad Zahid selain terdapat keterangan-keterangan baharu yang kukuh untuk representasi itu dikemukakan,” kata pasukan pembelaan.

Alasan itu termasuk jika wujud kepincangan dalam pertuduhan dan jika terdapat salah guna kuasa terhadap pendakwaan, isu-isu siasatan serta, keterangan saksi-saksi.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peguam negara wakili Dr M dalam saman Halim SaadPeguam negara wakili Dr M dalam saman Halim SaadPejabat Peguam Negara mengambil kes itu kerana dakwaan tersebut berlaku semasa Dr Mahathir Mohamad masih berkhidmat sebagai perdana menteri.
Read more »

Kurang dana, sekolah agama swasta ditaja Ahmad Zahid ditutup sementaraKurang dana, sekolah agama swasta ditaja Ahmad Zahid ditutup sementaraKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Melaka ditutup sementara ekoran kekurangan dana selepas Yayasan Akalbudi yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Read more »

Ahmad Zahid sourced funds elsewhere for mosque project after YAB account was frozen, says witnessAhmad Zahid sourced funds elsewhere for mosque project after YAB account was frozen, says witnessKUALA LUMPUR: The High Court was told on Tuesday (Aug 22) that Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi found other sources of funding to continue with the Tuminah Hamidi Mosque construction project in Bagan Datuk, Perak after the Yayasan Akalbudi (YAB) account was frozen by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Read more »

Ahmad Zahid didn't like being mentioned as donor, school principal tells courtAhmad Zahid didn't like being mentioned as donor, school principal tells courtKUALA LUMPUR: A former principal of the Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab in Melaka told the High Court here on Tuesday (Aug 22) that Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi did not like his name mentioned as a donor to the school.
Read more »

Akaun Yayasan Akalbudi dibeku SPRM, Ahmad Zahid cari dana siapkan masjidAkaun Yayasan Akalbudi dibeku SPRM, Ahmad Zahid cari dana siapkan masjidSeorang pengurus projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan
Read more »

Ahmad Zahid tepati janji, bayar kontraktor projek pembangunan Bagan DatukAhmad Zahid tepati janji, bayar kontraktor projek pembangunan Bagan DatukKUALA LUMPUR: Seorang penyelia projek menyifatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai individu yang sentiasa menepati janji dan menjelaskan setiap pembayaran kepada syarikat kontraktor yang menyiapkan projek-projek pembangunan di Bagan Datuk, Perak.
Read more »



Render Time: 2025-02-21 10:24:13