“Bayangkan 26 jawatankuasa. Saya sendiri sukar hendak faham bagaimana beliau mampu melakukannya,” kata seorang pegawai kanan KKDW mengenai jadual ketat Timbalan Perdana Menteri.
“Selain tugas-tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan sebanyak 26 jawatankuasa di peringkat kebangsaan.
Kemerdekaan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh lima dekad ini telah mengurangkan jurang ekonomi. Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Anggaran Penduduk Semasa Malaysia, kadar pertumbuhan penduduk bandar atau urbanisasi telah meningkat daripada 28.4% pada tahun 1970 kepada 75.7% pada tahun 2023.
Kos sara hidup tinggi dan tekanan sosial di bandar menjadikan luar bandar alternatif terbaik untuk golongan muda jika dibangunkan dengan infrastruktur dan hala tuju betul. Untuk itu berlaku, perlu ada transformasi menyeluruh yang meletakkan desa dan bandar setaraf dalam kebanyakan segi. “Oleh kerana itulah, saya gagaskan Aspirasi Desa MADANI untuk memastikan kelangsungan misi besar KKDW dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan,” katanya ketika meletakkan asas hala tuju kementerian diterajuinya.Usaha pertama Ahmad Zahid dalam merealisasikan kerangka MADANI untuk masyarakat luar bandar ialah menentukan hala tuju KKDW sebagai kementerian peneraju pembangunan luar bandar, termasuk semua agensi dan anak-anak syarikat di bawahnya.
“Mungkin bagi kita jalan, elektrik dan air itu adalah kemudahan biasa tetapi bagi mereka ini adalah rahmat kehidupan. Apa yang biasa bagi kita, mungkin ia nikmat besar buat warga desa. Bersungguh dan berpadulah MENJIWAI PEMBANGUNAN DESA,” katanya ketika Pemukiman Pertengahan Tahun KKDW pada Julai lalu.
Usaha digerakkan untuk memperkasa industri halal secara lebih jitu melalui program anjuran MARA ‘Gate to Global’ dan juga memastikan keterjaminan makanan dengan pembangunan estet padi oleh FELCRA yang juga agensi di bawah KKDW. Empat teras utama itu berpaksikan akronim KKDW – Kemahiran dan pengetahuan, Keberkesanan dan kecekapan, Data dan Digital dan Wow-Factor.
Cetusan idea beliau telah membawa kepada pelancaran Dasar TVET Negara 2030 yang bermatlamat membawa Malaysia ke arah negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui pelaksanaan program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif. Pembangunan Dasar TVET Negara 2030 menjadi satu tindakan komprehensif yang mengangkat bidang TVET sebagai pilihan yang menjanjikan pendapatan lumayan atau gaji premium.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia gains insights, strengthens UAE ties through Ahmad Zahid’s visitDUBAI: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says Malaysia gained valuable knowledge and strengthened bilateral ties with the United ...
Read more »
Ahmad Zahid Satisfied With BN's Performance in Unity GovernmentDeputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi expressed satisfaction with the performance of Barisan Nasional (BN) ministers and deputy ministers in the current unity government. He urged BN members to focus on strengthening the coalition and resolve any internal issues internally.
Read more »
Ahmad Zahid arrives in UAE for seven-day official visitABU DHABI: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has arrived at the United Arab Emirates (UAE) for his first official visit to the gu...
Read more »
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaanBANGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik d...
Read more »
BN to field many young candidates in GE16- Ahmad ZahidIPOH: Barisan Nasional (BN) will field many new faces, especially among the youth, in the upcoming 16th General Election (GE16), said its chairman Dat...
Read more »
Ahmad Zahid satisfied with performance of BN ministers in Unity GovtKUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has expressed satisfaction with the performance of Barisan Nasional (BN) minister...
Read more »