BERITA NASIONAL Politik TERKINI Ahmad Faizal Azumu tidak bertanding PRN
SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di enam buah negeri yang dijadual mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
Tegasnya, tugas beliau kini hanya untuk memastikan jentera pilihan raya Bersatu dan PN dapat digerakkan dengan cekap dan berkesan. “Tugas saya adalah untuk menghambakan diri untuk menggerakkan jentera parti. Itu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.
Untuk rekod, ia mesyuarat sulung yang dipengerusikan oleh Ahmad Faizal selepas menggantikan Eddin Syazlee sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri dan Pengerusi PN negeri awal bulan ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Isu di 6 negeri PRN tumpuan PAU, kata Ahmad MaslanAhli MKT Umno itu berkata, isu utama termasuk masalah air di Kelantan dan dakwaan Pulau Pinang milik Kedah dijangka menjadi antara yang akan dibincang dan didebatkan.
Read more »
Tuntutan Kedah hanya bahang PRNBERITA Premium Tuntutan Kedah hanya bahang PRN
Read more »
PRN Terengganu: Pembahagian kerusi PAS, Bersatu diputuskan 2 hari lagi | The Malaysian InsightMenteri Besar Terengganu itu berkata PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.
Read more »
Perikatan mesyuarat esok muktamadkan agihan kerusi PRN, lapor media | The Malaysian InsightPN dilapor setuju menetapkan Bersatu menerajui pentadbiran Selangor sekiranya berjaya merampas negeri itu daripada PH.
Read more »