PETALING JAYA: Ahli gabungan yang bakal menghadiri Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
PETALING JAYA: Ahli gabungan yang bakal menghadiri Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia perlu bijak dan tidak terburu-buru menerima cadangan pindaan perlembagaan yang dikemukakan hasil audit Konfederasi Bolasepak Asia .
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, setiap wakil gabungan perlu menilai secara mendalam setiap cadangan yang dibentangkan demi memastikan keputusan yang dibuat benar-benar memberi manfaat kepada masa depan bola sepak negara. Menurut beliau, meskipun cadangan itu dikatakan bertujuan memperkukuhkan tadbir urus FAM, masih terdapat beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dan memerlukan penelitian lebih teliti.
“Kita tidak mahu pindaan perlembagaan yang dilihat tertutup atau sukar diakses, akhirnya hanya membuka ruang kepada calon-calon yang sama untuk terus mendominasi kepimpinan. “Lebih membimbangkan jika had penggal memegang jawatan sebelum ini tidak lagi diambil kira. Perkara seperti ini perlu dinilai secara matang kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan penyokong bola sepak,” katanya.
Menurut Pekan, wakil-wakil daripada persatuan bola sepak negeri dan kelab bola sepak perlu hadir dengan pemikiran yang bebas serta tidak terikat kepada sebarang arahan atau sentimen tertentu.
“Jangan datang dengan anggapan semua cadangan mesti disokong dan diluluskan. Kalau tidak setuju, tidak setujulah. Kalau perlu diperhalusi semula, berikan masa untuk menelitinya.
“Keputusan yang bakal dibuat bukan sekadar untuk menyelesaikan mesyuarat dalam sehari, tetapi menentukan hala tuju bola sepak negara pada masa hadapan,” katanya. Pada masa sama, beliau mengakui masih mempunyai sedikit keraguan sama ada semua butiran pindaan yang dicadangkan benar-benar datang daripada AFC atau hasil rundingan bersama FAM.
“Saya agak skeptikal juga sama ada ia benar-benar cadangan AFC sepenuhnya atau ada perbincangan lain yang turut berlaku. Kita tidak pasti.
“Apa yang penting, keputusan yang dibuat nanti mestilah yang terbaik untuk pembangunan bola sepak negara,” ujarnya. -UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
FAM kena kurangkan jumlah Exco- AFCPETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mencadangkan jumlah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Read more »
Carfé: Where Automotive Passion Meets Coffee Culture in Petaling JayaCarfé, located in Taman Sea, Petaling Jaya, is a unique venue combining a café with an automotive hangout. It offers specialty coffee and hearty meals amidst a curated collection of cars and motoring memorabilia, appealing to both car enthusiasts and casual café-goers.
Read more »
Cops probe LDP three-car crash in Petaling Jaya allegedly caused by wrong-way driverKUALA LUMPUR, June 2 — Police are investigating a man who allegedly drove against traffic and caused a three-vehicle collision along Kilometer 24 of the Damansara–Puchong...
Read more »
Kerusi Presiden Kehormat FAM dalam senarai 'pemutihan'PETALING JAYA: Perubahan besar bakal berlaku dalam landskap pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kerusi Presiden
Read more »




