Al-Sultan Abdullah turut berkenan bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan barang makanan kepada 61 asnaf.
CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 1.25 tengah hari di masjid tersebut disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak. Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor.
Khutbah Jumaat bertajuk ‘ Integriti dalam Pekerjaan’ disampaikan oleh Kadi Cameron Highlands, Mohd Khalil Mohd Zari Al- Hafiz dan beliau turut mengimamkan solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan berbentuk barang makanan kepada 61 orang asnaf di pekarangan masjid berkenaan.Petang ini, baginda meninjau kawasan banjir dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Baru Kampung Raja di sini. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong titah universiti bantu aspek pendidikan pelajarYang di-Pertuan Agong bertitah agar semua universiti sama ada awam atau swasta, memainkan peranan membantu pendidikan pelajar masing-masing.
Read more »
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa | The Malaysian InsightPencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi.
Read more »
Sabah terus unggul negeri paling banyak masjid di MalaysiaSebanyak 64 buah masjid baharu ada di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 1,141 masjid di seluruh negeri berkenaan tahun lalu.
Read more »
King performs Friday prayers at Abu Bakar Mosque in Cameron HighlandsCAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah on Jan 6 performed Friday prayers at the Abu Bakar Mosque here.
Read more »
UNSC tegaskan status quo Masjid Al-Aqsa perlu dipertahanBen-Gvir pernah berkempen supaya kawasan merangkumi Masjid Al-Aqsa dan 'Temple Mount' dibuka kepada umum tanpa sebarang sekatan untuk beribadat.
Read more »