PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknaw...
: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan dengan bercakap hanya mengenai kebenaran, jujur, di samping menjauhi fitnah.
Seri Paduka bertitah selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, fenomena fitnah telah membawa kepada peristiwa amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga Saidina Uthman Affan. Seri Paduka bertitah ajaran Islam dibawa Rasulullah SAW mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk dalam mengemudi dan memerintah sebuah negara yang penuh rencam, pelbagai puak dan agama serta spektrum kedudukan sosio-ekonomi yang berbeza-beza.
Seri Paduka bertitah Rasulullah SAW telah membawa syiar Islam untuk terus bangkit dan berkembang di benua Timur Tengah sehingga menjadi pencetus kemajuan dan kejayaan masyarakat di benua lain yang sedang dalam kegelapan ketika itu. “Dengan yang demikian, kita akan dapat membangunkan sebuah negara yang bertamadun dan berjaya, harmoni serta sejahtera dengan rakyat yang menjiwai sifat karamatul insan,“ titah Seri Paduka.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan CinaAgong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina
Read more »
Jauhi fitnah, kata dusta boleh hancurkan negaraBaginda mengajak masyarakat untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah SAW yang amat bernilai dan istimewa.
Read more »
Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik, kata AnwarPerdana menteri berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan.
Read more »
PM: Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaikKUALA LUMPUR: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk d...
Read more »
Agong, Raja Permaisuri berangkat Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KebangsaanSambutan dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW.
Read more »