Menurut Istana Negara, majlis itu melibatkan kehadiran sekitar 1,500 orang yang terdiri daripada warga ATM dan kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan.
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
“Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi ATM turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 50 anak yatim, balu ATM serta kakitangan awam kementerian selain berkenan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah sebelum berangkat pulang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada pukul 6.40 petang disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima ATM Jeneral, Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. –utusan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Raja Permaisuri extend Songkran greetings to Thai communityKUALA LUMPUR, April 13 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...
Read more »
(Video) Seller Over The Moon After Agong & Queen Ordered 'Air Jagung' From His Stall - Hype MYIt's not every day you get to meet celebrities. What are the chances that a famous person would walk right into your shop or restaurant? This restaurant owner
Read more »
Henti perdebatan, pengampunan diraja hak mutlak AgongPerdebatan yang wujud ketika ini berkaitan isu pengampunan diraja kepada Najib juga dilihat tidak adil kepada bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan kerana beliau berterusan diadili di media massa.
Read more »