Riben hijau adalah simbol kesihatan mental antarabangsa dan sebagai tanda sokongan untuk kesedaran terhadap kesihatan mental, penyebab kesihatan mental serta untuk membantu membina solidariti bagi komuniti kesihatan mental.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah berkenan memakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, hari ini.
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Tengku Puteri Iman Afzan adalah Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi tahun 2020 setelah menerima undangan daripada Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini. Dalam perutusannya, Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ia adalah tanggungjawab semua.
Kata Tengku Puteri Iman Afzan, meluangkan masa, memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik. Pelantikan tersebut adalah bukti usaha-usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran polisi yang mana ia diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lain. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Queen wear green ribbon badge in support of World Mental Health DayKUALA LUMPUR: The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, the Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Ma...
Read more »
Agong, Permaisuri wear green ribbon badge in support of World Mental Health Day | Malay MailKUALA LUMPUR, Oct 10 — The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, the Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah and the King’s eldest daughter Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan today wore a green ribbon pin badge in...
Read more »
Permaisuri Agong: Malaysians must not be complacent with current Covid-19 situation | Malay MailKUALA LUMPUR, Oct 8 — The Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah has reminded the public not to be complacent with the current Covid-19 situation. Tunku Azizah in expressing the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and her concern...
Read more »
Permaisuri Agong ingatkan rakyat jangan sambil lewa kes Covid-19 mendadak | The Malaysian InsightTunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seru rakyat mainkan peranan masing-masing menghentikan penularan wabak Covid-19.
Read more »
Anwar to meet Agong next TuesdayPKR president says he will be presenting documentation of his ‘strong and convincing’ majority. FMTNews AnwarIbrahim Agong
Read more »