Agong ke-17: Sabah ucap tahniah kepada Sultan Johor

Malaysia News News

Agong ke-17: Sabah ucap tahniah kepada Sultan Johor
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 DailyExpress_MY
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 83%

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mewakili rakyat Sabah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada Jumaat.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan mendoakan kesejahteraan baginda,” katanya kepada Bernama menerusi kenyataan pada Jumaat.Ketua Menteri itu juga menzahirkan terima kasih rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah khususnya untuk lawatan Seri Paduka Baginda ke Sabah dalam Kembara Kenali Borneo bulan lepas.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati Seri Paduka, Raja Permaisuri Agong dan keluarga Seri Paduka Baginda Berdua yang tidak sombong dan dekat dengan rakyat. Kami doakan kesihatan yang baik untuk keluarga diraja itu,” kata Hajiji. Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 31 Jan tahun depan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara, pada Jumaat. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel for the latest news you don't want to miss.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

DailyExpress_MY /  🏆 3. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sultan Ibrahim of Johor elected as 17th Agong, Sultan Nazrin of Perak as Deputy AgongSultan Ibrahim of Johor elected as 17th Agong, Sultan Nazrin of Perak as Deputy AgongKUALA LUMPUR: The Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar has been elected as the 17th Yang di-Pertuan Agong for a five-year term, eff...
Read more »

Sultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalanSultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalanMajlis Raja-Raja bersetuju memilih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama tempoh lima
Read more »

Rakyat Johor gembira, teruja Sultan Ibrahim bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17Rakyat Johor gembira, teruja Sultan Ibrahim bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17Rakyat Johor gembira dan teruja dengan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama
Read more »

Johor Ruler Sultan Ibrahim Iskandar Elected As 17th Agong; Sister & Queen Tunku Hajah Azizah Moved ToToday (27th October) Malaysia has elected our 17th Agong. After a long deliberation earlier, it was announced that Johor Ruler Sultan Ibrahim Iskandar will be
Read more »

[Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17[Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17Keputusan ini mengikuti susunan yang telah ditetapkan dalam sistem pemerintahan bergilir unik Malaysia di mana sembilan (9) pemerintah negara bergiliran menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.
Read more »



Render Time: 2025-02-19 18:47:16