Adlina Aisyah pernah bertugas di Istana Negara dari 2011 hingga 2015 sebagai seorang Pegawai Pentadbir (Sumber Manusia).
PETALING JAYA: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adlina Aisyah Ahmad Rusli, balu kepada Allahyarham Idris Abdol Talib@Ramali yang merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam kelmarin.
Sumbangan itu disampaikan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendi Zairakithnaini semalam di kediaman Adlina Aisyah di ibu negara.“Dalam kunjungan ke kediamannya di Kuala Lumpur semalam, Datuk Azuan turut menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong kepada Puan Adlina Aisyah dan sekeluarga atas pemergian mengejut suami tersayang ke Rahmatullah.
“Seri Paduka berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar Puan Adlina Aisyah dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu. “Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Allahyarham Idris adalah antara lapan penumpang yang terlibat dalam nahas jet eksekutif terhempas yang menggemparkan negara pada petang Khamis lalu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk PenggunaPersimpangan Elmina (Exit 3504) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara.
Read more »
Agong arrives at scene of Bandar Elmina private jet crashSHAH ALAM, Aug 17 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah has arrived at the scene of a private jet crash at the Guthrie Highway, near...
Read more »
Agong Breaks Down With Elmina Crash Victims' Families; Netizen Slammed For Insensitive RemarkThe plane crash at Elmina, Shah Alam is probably one of the biggest tragedies to happen in Malaysia. Not only that, but this also marks the second time an
Read more »