Dr Mohd Aleef Yusof mendakwa beliau dipinggirkan Bersatu Tangga Batu dan seolah- olah disekat.
Dr Mohd Aleef Yusof berkata beliau tidak akan meninggalkan Bersatu walaupun dipinggirkan di peringkat kawasan. PETALING JAYA: Adun Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof secara terbuka membidas Bersatu Tangga Batu yang didakwa meminggirkan dan cuba menyekatnya kerana bimbang beliau akan merebut jawatan.
Wakil rakyat penggal pertama Perikatan Nasional itu turut membidas Timbalan Bersatu Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub kerana seolah-olah ‘merestui’ tindakan ke atasnya. Bekas ahli Umno yang menyertai Bersatu untuk bertanding PRN Melaka dua tahun lalu itu mengakui terkilan dipinggirkan Bersatu Tangga Batu walaupun telah berjaya membawa kemenangan. Jelasnya, perkara berkenaan dapat dilihat apabila beliau tidak diundang menghadiri persidangan bahagian itu pada Sabtu lalu. “Mereka memang tidak mahu menerima saya sebagai wakil rakyat…takut kerana ada sikap dan pemikiran sempit. “Ada di kalangan ahli parti ini apabila ahli baharu masuk takut kehilangan jawatan,” katanya kepada FMT. Belia juga menegur Yadzil yang juga ketua pembangkang dengan menegaskan mereka sebagai dua wakil PN di DUN Melaka seharusnya bekerjasama bukan menjatuhkan satu sama lain. “Saya marah dan terkilan dengan apa yang dia buat, saya banyak kali nasihat sebagai dua Adun kita bekerja bersama-sama dan jangan ada sikap takut saya jatuhkan awak, takut saya lebih baik daripada awak. “Tetapi itu sebenarnya yang dia lakukan, saya banyak kali pesan dekat dia kita bekerjasama berganding untuk rampas negeri Melaka ini,” katanya. Aleef berkata walaupun dilayan sedemikian rupa, beliau tidak akan meninggalkan parti kerana menghargai jasa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin yang memberikannya peluang bertanding pada PRN lalu. Sementara itu, Yadzil ketika dihubungi berkata beliau mahu memeriksa dahulu dakwaan Aleef ‘dipinggirkan’ kerana enggan mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Mengulas dakwaan terhadapnya dan situasi dalam Bersatu Melaka, Yadzil menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.“Tetapi setakat ini tak ada masalah apa-apa, macam laki bini bergaduh sikit-sikit dalam keluarga, lepas itu baik semula,” katanya yang turut menjelaskan jemputan persidangan hanya diberi kepada perwakilan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penunggang maut langgar batu pembahagi jalanPenunggang maut langgar batu pembahagi jalan
Read more »
Cadangan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ dilaksana tahun depanBEAUFORT: Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bercadang mewujudkan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ di kawasan ini bagi memberi manfaat kepada masyarakat khususnya belia untuk bersukan dan beriadah.
Read more »
Don’t waste time inviting us to join PN, Zahid tells BersatuThe Umno president says his party is focussed on the welfare of all Malaysians without compromising on Malay and Islamic related issues.
Read more »
Saintis temukan sungai paling gelap di duniaSungai Ruki yang terletak di Congo baru-baru ini digelar sebagai sungai paling gelap di dunia.
Read more »
Peringatan Hadi jangan ‘tebuk kapal’ mungkin tuju pada Bersatu, kata penganalisisAzmi Hassan berkata PAS kini dilihat sebagai ‘kingmaker’ dalam Perikatan Nasional.
Read more »




