Beyond the Breaking News

Aduan ruang penambahbaikan

Malaysia News News

Aduan ruang penambahbaikan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Aduan perlu dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki sistem dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

APABILA organisasi gagal mengurus aduan secara terbuka dan profesional, pengadu cenderung mencari saluran alternatif untuk meluahkan ketidakpuasan hati, termasuk di platform awam.boleh tersebar luas melalui media sosial dalam masa yang singkat dan tidak lagi terhad kepada surat rasmi atau kaunter perkhidmatan.

Dalam konteks ini, keupayaan organisasi mengurus aduan secara berhemah dan profesional menjadi elemen penting, bukan sahaja untuk menyelesaikan isu tetapi juga untuk mengekalkan kepercayaan awam. Hakikatnya, aduan merupakan sebahagian daripada mekanisme semak dan imbang dalam mana-mana organisasi. Kewujudannya menunjukkan masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Namun, cabaran sebenar terletak pada cara organisasi memberi respons.

Sikap defensif, penafian tanpa siasatan teliti atau menganggap pengadu sebagai ancaman hanya akan memburukkan keadaan. Apabila organisasi gagal mengurus aduan secara terbuka dan profesional, pengadu cenderung mencari saluran alternatif untuk meluahkan ketidakpuasan hati, termasuk di platform awam. Keadaan ini bukan sahaja menyulitkan proses penyelesaian, malah boleh menjejaskan reputasi organisasi secara lebih meluas. Oleh itu, aduan perlu dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki sistem dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Organisasi yang matang memahami tidak semua aduan tepat dan tidak semua pengadu berada dalam keadaan emosi yang stabil. Namun, keadaan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak atau memperlekehkan aduan yang diterima. Setiap aduan perlu diteliti secara objektif, ditangani dengan empati dan dijawab dengan fakta serta penjelasan yang jelas. Dalam konteks ini, peranan pegawai pemudah cara amat penting.

Komunikasi yang berkesan mampu meredakan konflik yang berpunca daripada salah faham. Sebagai penghubung antara organisasi dan pengadu, pegawai pemudah cara perlu memahami konteks isu, menjelaskan keadaan kepada kedua-dua pihak dan memastikan komunikasi berlangsung dalam suasana profesional serta berhemah. Pendekatan ini memberi ruang kepada semua pihak untuk didengar dan difahami. Selain itu, pengurusan aduan yang berkesan memerlukan sistem yang telus, responsif dan diyakini.

Piawaian seperti ISO 9001:2015 menekankan kepentingan kawalan kualiti serta penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan. Namun, pematuhan kepada piawaian sahaja tidak mencukupi tanpa disokong oleh budaya organisasi yang terbuka dan bersedia menerima maklum balas. Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan dan agensi berkaitan bagi memperkukuh sistem pengurusan aduan dalam sektor awam. Usaha ini perlu diperkasakan secara berterusan melalui peningkatan kompetensi pegawai, pemanfaatan teknologi digital serta kesedaran masyarakat tentang saluran aduan yang betul.

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

KPWKM giatkan usaha galak mangsa gangguan seksual tampil buat aduanKPWKM giatkan usaha galak mangsa gangguan seksual tampil buat aduanGEORGE TOWN : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang menggiatkan usaha untuk menggalakkan mangsa-mangsa yang mengalami gangguan seksual tampil membuat aduan kepada pihak tribunal.
Read more »

Perpustakaan arkitek minda masyarakatPerpustakaan arkitek minda masyarakatPERPUSTAKAAN memberikan perkhidmatan dan ruang yang selesa dalam membentuk komuniti berdaya ilmu yang tinggi.
Read more »

Tiada ruang silap lagi buat Speedy TigersTiada ruang silap lagi buat Speedy TigersKekalahan 1-4 kepada Jepun kelmarin menyaksikan Malaysia kini menghuni tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata.
Read more »

Isu Rohingya perlu ditangani secara menyeluruh, perlu kerjasama semua pihakIsu Rohingya perlu ditangani secara menyeluruh, perlu kerjasama semua pihakIsu pelarian tidak boleh terus dilihat sebagai tanggungjawab negara penerima semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen lebih besar
Read more »



Render Time: 2026-07-22 16:45:37