Presiden PKR itu berkata, banyak 'kekeliruan' timbul selepas PAS mengumumkan ia memenangi kes itu, sebelum Hadi Awang menarik balik saman terhadap Claire Rewcastle-Brown awal bulan ini.
Adakah PAS bayar RM1 juta kepada editor Sarawak Report, soal Anwar By - February 26, 2019 4:15 PM GEORGE TOWN: Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempersoalkan PAS jika parti Islam itu membayar RM1 juta kepada Claire Rewcastle-Brown untuk penyelesaian di luar mahkamah kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, banyak “kekeliruan” timbul selepas PAS mengumumkan ia memenangi kes itu, sebelum Hadi menarik balik saman terhadap editor Sarawak Report itu.
” Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa dana RM90 juta dimasukkan ke akaun pimpinan PAS sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional dan Umno. Pada 1 Mei 2018, peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud dilaporkan berkata, Hadi memenangi semua 5 permohonan interlokutori dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS’ ‘wiper’ politics contradicts itself, says PKR sec-gen | The Malaysian InsightClaims of trying to stop a plot to remove Dr Mahathir Mohamad and cosying up to Umno show that Islamist party wants best of both worlds.
Read more »
Anwar dares PAS to reveal if it paid Sarawak Report to settle suitThe PKR president hits out at PAS over 'conflicting statements' from their leaders.
Read more »