BANGKOK 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat susulan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum Thailand yang berlangsung semalam.
"Saya ingin meminta maaf kepada semua penyokong Parti Demokrat kerana gagal mencapai matlamat kita pada pilihan raya ini.
"Saya perlu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin parti ini. Oleh yang demikian, saya akan meletak jawatan daripada parti berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang akhbar di sini. Parti Demokrat berada di kedudukan keempat bagi undi popular berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, dengan penjumlahan undi sebanyak 93 peratus.
Abhisit, yang menjadi Perdana Menteri dari 2008 hingga 2011 berkata, beliau akan meletak jawatan jika Parti Demokrat gagal memenangi lebih 100 kerusi Parlimen. - BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Presiden Kazakhstan umum letak jawatan | The Malaysian InsightPengumuman mengejut itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen negara berkenaan.
Read more »
Nurul Izzah letak jawatan ahli PACKUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada ahli dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Read more »
Nurul Izzah letak jawatan ahli PAC | The Malaysian InsightIa susulan keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membenarkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.
Read more »
Nurul Izzah letak jawatan anggota PACkualalumpur “Ya, saya mengesahkan dia (Nurul Izzah) sudah menarik diri daripada PAC,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi Bernama.
Read more »
PKR enggan ulas keputusan Nurul Izzah letak jawatan PACPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Ronald Kiandee akan kekal sebagai pengerusi PAC sehingga penggantinya ditemui. ronaldkiandee nurulizzah
Read more »
Former Thai PM Abhisit resigns as head of Democrats after election lossThe Democrat Party, Thailand's oldest political party, was placed fourth in the popular vote.
Read more »
Demokrat gesa badan risikan AS siasat pemilik spa jumpa Trump | The Malaysian Insight
Read more »